Sambutan Maulidur Rasul di Tokmi

Pihak Tokmi Station telah mengadakan Program 'Jom Selawat Bersama Tokmi' sempena sambutan Maulidur Rasul 1435H bertempat di Restoran Tokmi Station Cyber Square. Program tersebut bermula pada jam 01:00 petang dan berakhir pada jam 04:00 petang. Pihak Tokmi juga telah mendapat tajaan daripada pelbagai pihak bagi melancarkan penganjuran program tersebut, yang mana program tersebut turut dihiasi dengan tazkirah, persembahan kompang, selawat kubra beramai-ramai, kuiz Rasulullah SAW dan jamuan.